Pages

Sunday, 2 June 2013

MANUSIA




 

PENGETAHUAN TENTANG KEGIGIAN MANUSIA


 

1.             Manusia mempunyai tiga jenis gigi : Gigi Kacip, Gigi Taring dan Gigi Geraham.

 

2.            Gigi Kicip berfungsi untuk memotong makanan, Gigi Taring untuk mengoyak makanan dan Gigi Geraham untuk menghancurkan makanan.

 

3.            Set gigi awal yang tumbuh pada usia 6 bulan hingga 3 tahun dipanggil GIGI SUSU. Terdapat 20 batang gigi; 10 batang gigi di rahang atas dan 10 batang gigi di rahang bawah. Gigi Susu ini tidak begitu kuat dan jangka hayat gigi susu pendek atau tidak kekal lama.

 

4.            Set GIGI KEKAL pula akan tumbuh bagi  menggantikan set gigi susu. Terdapat 32 batang gigi; 16 batang gigi di rahang atas dan 16 batang gigi di rahang bawah. Set Gigi Kekal ini lebih kuat dan jangka hayat gigi kekal ini lebih panjang berbanding set gigi susu.

 

5.            Struktur yang terdapat pada sebatang gigi ialah seperti dalam rajah di bawah.

 


 
 
 

PENJAGAAN GIGI

1.             Cara menjaga kesihatan gigi ialah :

(a)  Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

(b) Dapatkan pemeriksaan daripada doktor gigi enam bulan sekali.

(c)  Makanlah makanan yang membantu menguatkan gigi seperti susu dan buah-buahan serta elakkan makanan yang merosakkan gigi seperti makanan manis dan makanan ringan.


 

2 comments: