Pages

Sunday, 2 June 2013

Kemahiuran saintifik

MEMERHATI

1. Ketika melakukan proses memerhati, kita menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuh, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.
 
 
2. Lihat haiwan di bawah.
 
a) Apakah yang dapat kamu katakan tentang pemerhatian di atas?

    i.   Ikan berenang dan hidup di dalam air.
   ii.  Tubuh ikan dilitupi dengan sisik.
   iii. Ikan mempunyai ekor dan sirip.
 
Jawapan yang telah diberikan di atas menunjukkan bahawa pemerhatian telah dilakukan.
 
b) Apakah yang berlaku jika kita menyentuh ikan ini?
  i.  Ikan akan berenang ke tempat lain.
  ii. Sisik ikan berasa licin.
 
Kita juga boleh menggunakan deria sentuh untuk membuat pemerhatian lanjut.

 

 

 

MENGELAS



1.             Ketika membuat pengelasan, kita menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan cirri yang sama.


2.            Lihat senarai gambar di bawah.

a)    Apakah gambar yang kamu lihat ?
      Gambar pelbagai jenis kenderaan.
b)   Pengelasan bagi kenderaan ini boleh dilakukan dengan mengumpulkan ciri yang sama.


 
c)    Dapatkah kamu kenal pasti ciri yang digunakan untuk mengelaskan kenderaan di atas ?
 
 

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR



1.             Kita membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor, alat berunit piawai atau yang diseragamkan sebagai unit rujukan ketika melibatkan proses mengukur dengan menggunakan nombor.
2.            Lihat gambar di bawah.
 
 

MERAMAL



1.             Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan  pemerhatian dan   pengalaman lalu atau berpandukan data.
2.            Lihat situasi di bawah.
Apabila sejumlah air dituang ke dalam tiga gelas yang ditutuo dengan bahan yang berbeza, isi padu air yang dapat dikumpulkan ditunjukkan dalam jadual yang berikutnya.
                                
    Berapakh isi padu air yang terkumpul jika plastic diletakkan di bahagian atas gelas C ?
 
Gelas
  Jenis Bahan
  Isi padu air yang terkumpul
A
Kain tebal
15ml
B
Kain nipis
30ml
C
Plastik
 

Di dalam gelas C, tidak akan ada air yang dapat dikumpulkan.
 


 

 MEMBUAT INFERENS


1.   Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

2.   Lihat gambar di bawah.
 
  
             Apakah yang berlaku ? Jelaskan.

             Dua magnet bar yang dirapatkan itu menolak antara satu sama lain.

Hal ini disebabkan oleh kedua-dua magnet yang telah kita lakukan dengan mengambil kira pengalaman sedia ada.

3.         Kita memberikan alas an terhadap pemerhatian yang telah kita lakukan dengan mengambil kira pengalaman sedia ada.


     

BERKOMUNIKASI



1.             Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

2.            Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid lelaki dan perempuan di dalam sebuah bilik darjah. Perhatikan data yang diberikan.  


Situasi

Murid lelaki

Murid perempuan

Bilangan

10

10

Berkaca mata

4

3

Tidak berkaca mata

6

7

Membawa bekal ke sekolah

6

8

Tidak membawa bekal ke sekolah

4

2

a)    Berapakah bilangan murid di dalam kelas ini ?

20 orang

 
    b)   Berapakah bilangan murid yang memakai kaca mata di dalam kelas ini ?

7 orang

 
    c)    Berapakah bilangan murid perempuan yang tidak membawa bekal ke sekolah ?

2 orang

 
3.            Banyak perkara lagi yang boleh kita bincangkan daripada jadual di atas.

    

MANUSIA




 

PENGETAHUAN TENTANG KEGIGIAN MANUSIA


 

1.             Manusia mempunyai tiga jenis gigi : Gigi Kacip, Gigi Taring dan Gigi Geraham.

 

2.            Gigi Kicip berfungsi untuk memotong makanan, Gigi Taring untuk mengoyak makanan dan Gigi Geraham untuk menghancurkan makanan.

 

3.            Set gigi awal yang tumbuh pada usia 6 bulan hingga 3 tahun dipanggil GIGI SUSU. Terdapat 20 batang gigi; 10 batang gigi di rahang atas dan 10 batang gigi di rahang bawah. Gigi Susu ini tidak begitu kuat dan jangka hayat gigi susu pendek atau tidak kekal lama.

 

4.            Set GIGI KEKAL pula akan tumbuh bagi  menggantikan set gigi susu. Terdapat 32 batang gigi; 16 batang gigi di rahang atas dan 16 batang gigi di rahang bawah. Set Gigi Kekal ini lebih kuat dan jangka hayat gigi kekal ini lebih panjang berbanding set gigi susu.

 

5.            Struktur yang terdapat pada sebatang gigi ialah seperti dalam rajah di bawah.